Pada suatu masa ketika Abdullah bin Mubarak berhaji,
tertidur di Masjidil Haram. Dia telah bermimpi melihat dua malaikat turun dari
langit lalu yang satu berkata kepada yang lain, “Berapa banyak orang-orang yang
berhaji pada tahun ini?”
Jawab yang lain, “Enam ratus ribu.” Lalu ia bertanya lagi,
“Berapa banyak yang diterima ?” Jawabnya, “Tidak seorang pun yang diterima,
hanya ada seorang tukang sepatu dari Damsyik bernama Muwaffaq, dia tidak dapat
berhaji, tetapi diterima hajinya sehingga semua yang haji pada tahun itu
diterima dengan berkat hajinya Muwaffaq.”
Ketika Abdullah bin Mubarak mendengar percakapannya itu,
maka terbangunlah ia dari tidurnya, dan langsung berangkat ke Damsyik mencari
orang yang bernama Muwaffaq itu sehingga ia sampailah ke rumahnya. Dan ketika
diketuknya pintunya, keluarlah seorang lelaki dan segera ia bertanya namanya.
Jawab orang itu, “Muwaffaq.” Lalu Abdullah bin Mubarak bertanya padanya,
“Kebaikan apakah yang telah engkau lakukan sehingga mencapai darjat yang
sedemikian itu?” Jawab Muwaffaq, “Tadinya aku ingin berhaji tetapi tidak dapat
kerana keadaanku, tetapi mendadak aku mendapat wang tiga ratus diirham dari
pekerjaanku membuat dan menampal sepatu, lalu aku berniat haji pada tahun ini
sedang isteriku pula hamil, maka suatu hari dia tercium bau makanan dari rumah
jiranku dan ingin makanan itu, maka aku pergi ke rumah jiranku dan menyampaikan
tujuan sebenarku kepada wanita jiranku itu.
Jawab jiranku, “Aku terpaksa membuka rahsiaku, sebenarnya
anak-anak yatimku sudah tiga hari tanpa makanan, kerana itu aku keluar mencari
makanan untuk mereka. Tiba-tiba bertemulah aku dengan bangkai himar di suatu
tempat, lalu aku potong sebahagiannya dan bawa pulang untuk masak, maka makanan
ini halal bagi kami dan haram untuk makanan kamu.” Ketika aku mendegar jawapan
itu, aku segera kembali ke rumah dan mengambil wang tiga ratus dirham dan
keserahkan kepada jiranku tadi seraya menyuruhnya membelanjakan wang itu untuk
keperluan anak-anak yatim yang ada dalam jagaannya itu. “Sebenarnya hajiku
adalah di depan pintu rumahku.” Kata Muwaffaq lagi.
Demikianlah cerita yang sangat berkesan bahawa membantu
jiran tetangga yang dalam kelaparan amat besar pahalanya apalagi di dalamnya
terdapat anak-anak yatim. Rasulullah s.a.w. ada ditanya, “Ya Rasullah tunjukkan
padaku amal perbuatan yang bila kuamalkan akan masuk syurga.” Jawab Rasulullah
s.a.w., “Jadilah kamu orang yang baik.” Orang itu bertanya lagi, “Ya
Rasulullah, bagaimanakah akan aku ketahui bahawa aku telah berbuat baik?” Jawab
Rasulullah s.a.w., “Tanyakan pada tetanggamu, maka bila mereka berkata engkau
baik maka engkau benar-benar baik dan bila mereka berkata engkau jahat, maka
engkau sebenarnya jahat.”
(SELESAI)
http://dongengkakrico.wordpress.com/kisah/kisah-teladan-islam-pahala-membantu-tetangga-dan-anak-yatim/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar