Ibnu Haitham
atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham, atau dalam
kalangan cerdik pandai di Barat, beliau dikenal dengan nama Alhazen, adalah
seorang ilmuwan Islam yang ahli dalam bidang sains, falak, matematika,
geometri, pengobatan, dan filsafat. Beliau banyak pula melakukan penyelidikan
mengenai cahaya, dan telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti
Boger, Bacon, dan Kepler dalam menciptakan mikroskop serta teleskop..
Masa
ilmuwan-ilmuwan Islam
Islam sering
kali diberikan gambaran sebagai agama yang mundur dan memundurkan. Islam juga
dikatakan tidak menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai pelbagai lapangan
ilmu. Kenyataan dan gambaran yang diberikan itu bukan saja tidak benar tetapi
bertentangan dengan hakikat sejarah yang sebenarnya.
Sejarah
telah membuktikan betapa dunia Islam telah melahirkan banyak golongan sarjana
dan ilmuwan yang cukup hebat dalam bidang falsafah, sains, politik,
kesusasteraan, kemasyarakatan, agama, pengobatan, dan sebagainya. Salah satu
ciri yang dapat diperhatikan pada para tokoh ilmuwan Islam ialah mereka tidak
sekedar dapat menguasai ilmu tersebut pada usia yang muda, tetapi dalam masa
yang singkat dapat menguasai beberapa bidang ilmu secara bersamaan.
Walaupun
tokoh itu lebih dikenali dalam bidang sains dan pengobatan tetapi dia juga
memiliki kemahiran yang tinggi dalam bidang agama, falsafah, dan sebagainya.
Salah seorang daripada tokoh tersebut ialah Ibnu Haitham atau nama sebenarnya
Abu All Muhammad al-Hassan ibnu al-Haitham.
Perjalanan
hidup
Dalam kalangan
cerdik pandai di Barat, beliau dikenali dengan nama Alhazen. Ibnu Haitham
dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masehi. Beliau
memulai pendidikan awalnya di Basrah sebelum dilantik menjadi pegawai
pemerintah di bandar kelahirannya. Setelah beberapa lama berkhidmat dengan
pihak pemerintah di sana, beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan
Baghdad. Di perantauan beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan
perhatian pada penulisan.
Kecintaannya
kepada ilmu telah membawanya berhijrah ke Mesir. Selama di sana beliau telah
mengambil kesempatan melakukan beberapa kerja penyelidikan mengenai aliran dan
saliran Sungai Nil serta menyalin buku-buku mengenai matematika dan falak.
Tujuannya adalah untuk mendapatkan uang cadangan dalam menempuh perjalanan
menuju Universitas Al-Azhar.
Hasil
daripada usaha itu, beliau telah menjadi seorang yang amat mahir dalam bidang
sains, falak, matematik, geometri, pengobatan, dan falsafah. Tulisannya
mengenai mata, telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang
pengajian sains di Barat. Malahan kajiannya mengenai pengobatan mata telah
menjadi asas kepada pengajian pengobatan modern mengenai mata.
Karya dan
penelitian
Ibnu Haitham
merupakan ilmuwan yang gemar melakukan penyelidikan. Penyelidikannya mengenai
cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger, Bacon, dan
Kepler mencipta mikroskop serta teleskop. Beliau merupakan orang pertama yang
menulis dan menemui pelbagai data penting mengenai cahaya.
Beberapa buah
buku mengenai cahaya yang ditulisnya telah diterjemahkan ke dalam bahasa
Inggeris, antaranya ialah Light dan On Twilight Phenomena. Kajiannya banyak
membahaskan mengenai senja dan lingkaran cahaya di sekitar bulan dan matahari
serta bayang bayang dan gerhana.
Menurut Ibnu
Haitham, cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di
ufuk timur. Warna merah pada senja pula akan hilang apabila matahari berada di
garis 19 darjah ufuk barat. Dalam kajiannya, beliau juga telah berjaya menghasilkan
kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Ibnu Haitham
juga turut melakukan percubaan terhadap kaca
yang dibakar
dan dari situ terhasillah teori lensa pembesar. Teori itu telah digunakan oleh
para saintis di Itali untuk menghasilkan kanta pembesar yang pertama di dunia.
Yang lebih
menakjubkan ialah Ibnu Haitham telah menemui prinsip isi padu udara sebelum
seorang saintis yang bernama Trricella mengetahui perkara itu 500 tahun
kemudian. Ibnu Haitham juga telah menemui kewujudan tarikan graviti sebelum
Issaac Newton mengetahuinya. Selain itu, teori Ibnu Haitham mengenai jiwa
manusia sebagai satu rentetan perasaan yang bersambung-sambung secara teratur
telah memberikan ilham kepada saintis barat untuk menghasilkan wayang gambar.
Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya
disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat
kita tontoni pada masa kini.
Filsafat
Selain
sains, Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah, logik, metafizik,
dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan. Beliau turut menulis ulasan dan
ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu.
Penulisan
falsafahnya banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi
pertikaian. Padanya pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara
berpunca daripada pendekatan yang digunakan dalam mengenalinya.
Beliau juga
berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu. Oleh sebab itu semua dakwaan
kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada. Jadi,
pandangannya mengenai falsafah amat menarik untuk disoroti.
Bagi Ibnu
Haitham, falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik, sains, dan
ketuhanan. Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk
menguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan sepenuhnya.
Apabila umur semakin meningkat, kekuatan fizikal dan mental akan turut
mengalami kemerosotan.
Karya
Ibnu Haitham
membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami
ilmu pengetahuan pada usia mudanya. Sehingga kini beliau berjaya menghasilkan
banyak buku dan makalah. Antara buku karyanya termasuk:
1. Al'Jami'
fi Usul al'Hisab yang mengandungi teori-teori ilmu metametik dan metametik
penganalisaannya;
2. Kitab
al-Tahlil wa al'Tarkib mengenai ilmu geometri;
3. Kitab
Tahlil ai'masa^il al 'Adadiyah tentang algebra;
4. Maqalah
fi Istikhraj Simat al'Qiblah yang mengupas tentang arah kiblat bagi segenap
rantau;
5. M.aqalah
fima Tad'u llaih mengenai penggunaan geometri dalam urusan hukum syarak dan
6. Risalah
fi Sina'at al-Syi'r mengenai teknik penulisan puisi.
Sumbangan
Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak. Kerana itulah Ibnu
Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya
dengan ilmu pengetahuan. Beberapa pandangan dan pendapatnya masih relevan
sehingga ke hari ini.
Walau
bagaimanapun sebahagian karyanya lagi telah "dicuri" dan
"diceduk" oleh ilmuwan Barat tanpa memberikan penghargaan yang
sewajarnya kepada beliau. Sesungguhnya barat patut berterima kasih kepada Ibnu
Haitham dan para sarjana Islam kerana tanpa mereka kemungkinan dunia Eropa
masih diselubungi dengan kegelapan.
Kajian Ibnu
Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa
yang sama tulisannya mengenai falsafah telah membuktikan keaslian pemikiran
sarjana Islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh
pemikiran falsafah Yunani.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar