Ketika saat ajal Rasulullah SAW datang menggamit, maka
Rasulullah SAW meminta Bilal untuk melaungkan azan memanggil para sahabat untuk
berkumpul. Setelah kaum Muhajirin dan Ansar berkumpul, naiklah Rasulullah SAW
ke atas mimbar. Dengan linangan air mata, maka berkhutbah Rasulullah SAW :
Sesungguhnya aku ini Nabi mu. Yang menyeru mu ke arah jalan
Allah. Anggaplah diri ku sebagai saudara mu. Anggaplah diri ku sebagai bapa mu.
Andainya ada di kalangan kamu yang merasa teraniaya oleh ku, bangkitlah diri mu
sekarang untuk menuntut qisas kepada ku, sebelum aku dituntut qisas di akhirat.
Tiada di kalangan para sahabat yang berdiri. Baginda mengulangi ayatnya untuk
kali kedua. Masih tidak ada seorang pun yang berdiri untuk menuntut qisas dari
Rasulullah SAW. Lalu baginda mengulangi lagi ayatnya untuk kali ketiga. Maka
berdirilah seorang pemuda, Akasyah bin Muhsin. Dia berjalan dan berdiri
betul-betul di depan Rasulullah SAW lalu berkata :
Demi Allah, ayah dan ibu ku menjadi tebusan mu Ya
Rasulullah. Andainya tidak engkau ulangi kata-kata mu sebanyak tiga kali,
takkan mungkin aku berani menuntut hak ku terhadap diri mu..Ya Rasulullah,
Ingatkah kau sewaktu peperangan Badar, unta ku dan unta mu bergerak beiringan..?
Pernah ketika aku turun dari unta ku untuk mencium peha mu, engkau telah
terpukul bahgian rusuk ku dengan cambuk pemukul unta. Aku tidak tahu apakah kau
sengaja memukul diri ku atau kau tidak sengaja. Namun aku harap hak ku menuntut
qisas diterima oleh mu.Maka aku menuntut qisas dari mu untuk memukul rusuk mu
dengan cambuk pemukul unta.Terkejut seluruh para sahabat atas permintaan
Akasyah. Mereka menyifatkan tindakan Akasyah itu di luar batas sopan serta
mengaibkan Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW dengan tenang akur dengan permintaan
Akasyah.
Maka Rasulullah SAW meminta Bilal ke rumah Fatimah untuk
mengambil cambuk pemukul untanya. Setelah diambil, cambuk tersebut diserahkan
kepada Rasulullah SAW. Lantas Rasulullah SAW menghulurkan cambuk tersebut
kepada Akasyah. Perlakuan Akasyah diperhatikan oleh Abu Bakar dan Umar. Maka
tampillah mereka berdua berdiri antara Rasulullah SAW dan Akasyah seraya
berkata : Wahai Akasyah. Kami ini sahabat rapat Rasulullah SAW. Pukullah kami
berdua sepuas hati mu. Bebaskanlah Rasulullah SAW dari qisas mu. Tapi kata-kata
Abu Bakar dibidas oleh Rasulullah SAW. Duduklah kamu berdua wahai Abu Bakar dan
Umar. Allah tahu kedudukan kamu berdua di akhirat. Biarlah aku menanggung
akibat dari perbuatan ku sendiri.
Lantas Sayyidina Ali bangkit dari duduknya dan berdiri
didepan Akasyah seraya berkata : Wahai Akasyah, andainya pada fikiran mu Abu
Bakar dan Umar bukan di kalangan keluarga Rasulullah, maka aku sebagai menantu
Rasulullah berdiri didepan mu. Pukullah aku sepuas hati mu. Pukullah aku dengan
tangan mu. Deralah diri ku sepuas hati mu.Tapi jangan kau pukul Rasulullah
Berkata Rasulullah SAW :
Hai Ali, mundurlah kau dari Akasyah. Allah tahu kedudukan mu
di sisi ku. Biarlah ku tanggung akibat perbuatan ku. Kerana aku takut qisas di
akhirat yang lagi dahsyat. Kemudian tampil pula dua beradik, Hassan dan
Hussein. Cucu kesayangan Rasulullah SAW. Mereka berkata :
Wahai Akasyah, bukankah sudah kau tahu bahwa kami ini cucu
kandung kepada Rasulullah. Qisaslah kami, bererti engkau telah mengqisas
Rasulullah. Bebaskanlah Rasulullah dan ambillah kami sebagai pengganti.
Berkata Rasulullah SAW kepada cucu2 baginda :
Wahai cucu penyejuk mata ku. Duduklah kalian berdua. Ini
bukannya sesuatu yang boleh diwariskan kepada mu. Biar ku tanggung hasil
perbuatan ku.
Kemudian Rasulullah SAW memalingkan mukanya dan bersemuka
dengan Akasyah, lalu baginda berkata : Wahai Akasyah, pukullah aku jika kau
berhasrat menuntut qisas.
Berkata Akasyah :
Wahai Rasulullah, sewaktu engkau memukulku, aku dalam
keadaan tidak berbaju. Dengan tenang, Rasulullah menanggalkan kancing bajunya
dan meleraikan bajunya ke lantai masjid. Menangislah para sahabat melihat
begitu daif Rasulullah diperlakukan oleh Akasyah.
Apabila terlihat Akasyah akan tubuh putih Rasulullah SAW,
perlahan-lahan dihampirinya, diusap perlahan dan dicium belakang Rasulullah
SAW. Tubuh Rasulullah SAW didekap erat dengan penuh kasih sayang dengan
linangan air mata sambil berkata :
Wahai Rasulullah. Roh ku menjadi tebusan buat diri mu.
Siapakah aku yang tergamak mengqisas kekasih Allah. Aku bukanlah sahabat mu
yang hampir, tetapi sahabat mu yang jauh. Hidup ku dipinggir kota. Sabdaan mu
hanya ku dengar dihujung lidah para sahabat bukan terus dari lidah mu. Aku
sengaja memohon mengqisas diri mu agar dapat ku pertemukan kulit tubuh ku dengan
kulit tubuh mu yang mulia agar dengannya nanti Allah akan memelihara diri ku
dari menjadi bahan bakaran api neraka.
Rasulullah SAW membalas dakapan Akasyah dan berkata :
Ketahuilah wahai para sahabat. Barangsiapa ingin melihat
penghuni syurga, lihatlah pada peribadi pemuda ini. Seluruh umat Islam di Kota
Madinah bersorak melaungkan takbir menyambut berita gembira. Walaupun di awal
suasana penuh emosi, namun ianya ditakdirkan merupakan berita gembira buat
Akasyah kerana Rasulullah SAW telah mengisyaratkan bahawa dirinya adalah
penghuni syurga..
Begitulah pengorbanan para sahabat kepada Rasulullah SAW.
Apakah pengorbanan kita kepada sahabat kita sudah setimpal dengan pengorbanan
sahabat Rasulullah SAW.. ???.Begitulah mulianya kehidupan seorang hamba yang Allah
ciptakan di dunia ini. Walau dirinya hamba, namun Baginda Muhammad Bin Abdullah Bin Abdul Mutalib SAW
itulah semulia-mulia manusia yang pernah hidup di muka bumi ini …. TIDAK
CINTAKAH ENGKAU KEPADANYA ?..Rasulullah SAW, walau dirinya maksum, masih dia
menuntut qisas (hukum) dari orang yang dia TIDAK PERNAH ZALIMI. Kita … berapa
ramai di antara kita yang berani mengaku kesalahan dan kesilapan lalu menuntut
maaf dan qisas ?
Seharian beribu dosa yang kita lakukan sama ada dosa dengan
makhluk mau pun dengan Allah …. kita masih lagi merasakan diri kita ini sudah
aman dan selamat dari api neraka.. Lebih malang … kita SEDAR yang kita lakukan
itu maksiat dan kemungkaran … tapi kita sengaja memfitnah orang lain agar
maksiat yang kita lakukan itu tertutup dari kaca mata masyarakat. Tidak
takutkah kita dengan azab neraka Allah ?
Inilah wajah-wajah kita yang sebenar…...
Kisah Akasyah (2)
Pada suatu hari pedang Akasyah bin Muhsin al-Usdi terpatah,
beliau pun segera mengadu hal kepada Baginda, maka oleh Baginda diserahkan
kepada Akasyah sebatang kayu, sabda Baginda: “Ayuh berperanglah kau
dengan’benda ini”. Sebaik sahaja beliau mengambilnya dari Rasulullah dan
diacu-acukan dengannya, tiba-tiba, ianya bertukar menjadi sebilah pedang
panjang waja besinya, bermata putih dan tajam. Beliau berperang dengannya
hinggalah Allah memberi kemenangan kepada kaum muslimin. Pedang itu dikenal
dengan “al-A’wn” bererti pertolongan, pedang itu kekal bersama beliau dengannya
beliau menghadiri pertempuran-pertempuran hinggalah beliau syahid di dalam
peperangan al-Riddah dengan keadaan pedang itu kekal bersama-samanya...
wallahua’lam..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar