Beliau seorang wali Allah tinggal di kota Aden, Hadramaut.
Semua penduduk Aden mengenalnya kerana keluarbiasaan karamahnya.
Salah seorang penduduk Aden bercerita tentang dirinya
bersama Syeikh Raihan: “Di suatu bulan Ramadhan aku hendak membelikan makanan
buat keluargaku. Waktu itu aku keluar ke pasar Aden antara waktu Maghrib dan
lsya’. Waktu aku bertemu dengan Syeikh Raihan, tiba-tiba beliau memegang
tanganku dan membawaku terbang ke angkasa hingga aku takut. Aku menangis
memohon untuk dikembalikan ke bumi. Beliau mengabulkan permintaanku. Beliau
membawaku turun ke bumi sambil berkata: “Sesungguhnya aku ingin membawa anda
bertamasya di ruang angkasa, agar anda bergembira”. Namun aku menolak
permintaannya itu”. Al Yafi’i pernah meriwayatkan bahawa salah seorang murid
pernah berkata: “Pada suatu hari syeikh kami menyuruh kami untuk membeli buah
kurma dari pasar Aden baginya. Kamipun pergi hendak membeli buah kurma dari
pasar Aden narnun tidak kami dapatkan seorangpun yang menjualnya. Ketika
ditengah perjalanan kami bertemu dengan syeikh Raihan Al-’Adani berkata:
“Lihatlah pada orang-orang itu mereka disuruh oleh gurunya untuk membeli
sesuatu yang dapat mernuaskan nafsu gurunya narnun tidak ada. Kerana itu
pergilah kamu ke rumah si Fulan di tempat itu, nanti kamu akan dapatkan apa
yang diinginkan oleh guru kamu”. Tepat seperti yang diucapkan oleh Syeikh
Raihan, ketika kami pergi ke tempat si fulan yang ditunjukkan oleh syeikh
Raihan, kami dapatkan buah kurma yang diinginkan guru kami”. Waktu kami
ceritakan cerita itu pada guru kami beliau hanya tertawa saja mendengarnya.
Kemudian beliau berkata: “Sesungguhnya aku ingin bertemu dengan syeikh Raihan”.
Tidak beherapa lama tiba-tiba datanglah syeikh Raihan ke masjid yang ketika itu
guru kami sedang berada. Akhirnya keduanya bercakap-cakap empat mata saja
dengan singkat. Setelah syeikh Raihan keluar meninggalkan majlis guru kami
menerangkan kekagumannya terhadap syeikh Raihan.
Diriwayatkan pula bahawa salah seorang penduduk Aden
bercerita: “Pada suatu malam ketika aku berada di tepi pantai Aden aku tidak
dapat masuk sedangkan aku belum makan malam. Akupun tinggal sendirian di tepi
pantai itu. Disaat itu aku melihat syeikh Raihan Al-’Adani juga sedang berada
di tepi pantai. Aku datang pada beliau dan kukatakan padanya: “Aku tidak
dibukakan pintu oleh penduduk kota Aden, sedangkan aku lapar belum makan malam
aku tidak mempunyai makanan. Kerana itu aku mohon bubur Harisah dari anda”.
Jawab syeikh Raihan: “Dari manakah aku akan memberimu makan bubur Harisah di
malam hari ini, apa kamu kira aku seorang tukang masak bubur Harisah?” Jawabku:
“Wahai tuan, aku mohon kiranya sudilah tuan memberiku bubur Harisah”. Dengan
izin Allah tidak kusangka-sangka di hadapanku telah terhidangkan sepiring bubur
Harisah yang masih panas. Akupun berkata pada beliau: “Sayang tidak ada minyak
saminnya”. Jawab syeikh Raihan: “Apakah aku jual minyak samin?” Jawabku: “Aku
minta pada tuan sudilah kiranya memberiku samin agar bertambah lazat rasanya”.
Jawab syeikh Raihan: “Ambillah air laut itu setimba untuk kupakai berwudhu”.
Aku pergi ke tepi laut dan kutimbakan air setimba kemudian aku berikan pada
beliau. Waktu aku tiba di hadapan syeikh Raihan, beliau mengambil air itu dari
tanganku dan diluangkan ke piring yang ada bubur Harisah. Anehnya kulihat yang
dituang itu adalah minyak samin. Sepiring bubur Harisah itu habis kumakan
dengan dicampur minyak samin yang amat lazat sekali. Rasanya belum pemah aku
makan bubur Harisah dan minyak samin yang selazat itu”.
Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat
Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa
Diposkan oleh Majlis Arrahman
Tidak ada komentar:
Posting Komentar