Sebahagian perawi sejarah menulis bahawa Sayid Hatim bin
Ahmad adalah seorang wali besar yang hebat kekaramahannya. Beliau pernah
tinggal di Mekkah dan Madinah selama beberapa tahun kemudian menetap di kota
Makha (Yaman).
Diriwayatkan bahawa beliau pernah berkata: “Nabi s.a.w.
mengangkatku jadi penguasa di desa dan seluruh kawasan ini”. Diriwayatkan pula
bahawa beliau pernah memberitahukan beberapa kejadian yang akan terjadi pada
empat tahun mendatang. Ternyata semua yang dikatakan beliau itu terjadi sama
seperti yang dikatakannya.
Sebahagian penguasa yang zalim pernah mengeluarkan
pengumuman untuk mensita harta seorang keluarga Ahlul Bait secara tidak wajar.
Orang itu pergi melaporkan pada Sayid Hatim bin Ahmad apa yang akan dilakukan
oleh penguasa tersebut. Kata Sayid Hatim: “Berikan apa saja yang akan disita,
sesungguhnya ia tidak akan dapat menjamahnya sedikitpun”. Waktu penguasa
tersebut tiba di rumah orang itu, si pemilik rumah membiarkan saja apa yang
dilakukan oleh penguasa zalim itu. Waktu hendak dipegangnya harta yang akan
disitanya itu ia merasakan pedih pada sekujul tubuhnya sehingga ia
berteriak-teriak sambil bertari dan meniaggalkan harta yang akan disita dengan
tidak wajar itu.
Pada suatu hari pelayan beliau mengadu bahawa untuk hari itu
tidak ada wang yang akan dimakan. Lalu beliau mengambil sapu tangannya yang
kosong dan dikeluarkan dari dalamnya beberapa dirham sambil berkata: “Aku
diberi izin oleh Allah untuk menggunakannya sekedar keperluan kami saja”.
Ada seorang yang memfitnah dan membusuk-busukkan nama beliau
di khalayak rarnai. Waktu berita itu didengar, beliau hanya mengeluarkan satu
bait syair yang isinya bahawa yang berbuat fitnah itu kelak akan digigit ular.
Apa yang dikatakan oleh Sayid Hatim itu benar-benar terjadi. Orang yang suka
memfitnah beliau itu pada malam harinya digigit ular pada lidahnya hingga mati.
Sayid Hatim bin Ahmad wafat dikota Makha, Yaman pada tahun
101M.
Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa
Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar