Beliau seorang wali besar di kota Tarim, Hadramaut dan
seorang ahli tasawuf di Hadramaut. Tentang kekaramahannya banyak sekali. Salah
seorang muridnya yang bernama Syeikh bin Abdurrahman bin Ali Al-Khatib berkata:
“Pada suatu hari aku pernah bersolat Subuh di belakang beliau pada hari Jumaat.
Pada rakaat yang pertama beliau membaca surat Al-Sajadah seperti yang
disunatkan oleh Nabi. Pada rakaat yang pertama itu aku terganggu oleh kakiku
yang gatal. Hampir saja aku memisahkan diri dari berjamaah. Anehnya pada rakaat
yang kedua setelah membaca Al-Fateha beliau membaca surat Al-Ikhlas, sehingga
aku merasa hairan pada beliau. Aku kira barangkali beliau juga merasa gatal
seperti aku sehingga memendekkan solat. Kiranya dugaanku itu salah. Setelah
selesai solat beliau duduk berzikir seperti biasanya sampai matahari naik. Dari
situ kumengerti bahawa beliau mengetahui keadaaanku dengan cara Kasyaf (melihat
sesuatu dengan cara ghaib).
Diriwayatkan pula bahawa Muhammad bin Ali Al-Amri iparnya
yang bertempat tinggal di kota Syibam sedang dipenjarakan oleh Sultan. Ketika
dalam penjara ia beristighasah (minta tolong dengan memanggil-manggil nama Sayid
Husin bin Abdillah Al-Aidrus). Panggilan istighasah tersebut disampaikan oleh
Allah kepada Sayid Husin sehingga beliau datang juga ke kota Syibam untuk
melepaskan iparnya yng sedang dipenjarakan itu. Sebelum kedatangan beliau,
salah seorang keluarganya iparnya yang berada di kota Syibam bermimpi melihat
Sayid Husin datang ke kota tersebut. Waktu ditanyakan hendak ke manakah anda,
jawab beliau: “Aku hendak melepaskan iparku dari penjara”.
Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat
Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar