dilahirkan di Kota Bangil, Jawa Timur dalam tahun 1935.
Ayahanda beliau al-Habib Husein bin Abu Bakar rahimahUllah adalah seorang ulama
yang sholeh yang dalam penguasaannya dalam ilmu fiqh. Dari usia kecil lagi,
Habib Ahmad mendapat asuhan dan didikan agama dengan ketat oleh ayahanda beliau
tersebut. Datuk beliau, al-Habib Abu Bakar bin Husein as-Segaf, rahimahUllah
juga seorang sholeh yang diakui kewaliannya oleh khalayak ramai. Beliau
mengabdikan hayatnya untuk membantu segala fakir dan miskin serta sesiapa
sahaja yang perlukan bantuan. Beliau merupakan sahabat dan murid al-Quthub
al-Habib Abu Bakar bin Muhammad as-Segaf rahimahUllah.
Habib Ahmad telah meneruskan pengajian agamanya dengan
menjadi santri kepada Habib Muhammad Ba`Abud rahimahUllah di Pesantren Darun
Nasyi'in, Lawang, kemudian ke Bondowoso untuk belajar dengan Habib Hasan
BaHarun rahimahUllah. Akhirnya, Habib Ahmad telah berangkat ke Makkah
al-Mukarramah untuk mengaji dengan Prof. Dr. Habib Muhammad bin 'Alawi
al-Maliki al-Hasani. Habib Ahmad bermastautin selama kira-kira 6 tahun di
Makkah, dan selain dengan Buya al-Maliki, beliau turut menimba ilmu dan
mengambil ijazah dan sanad daripada beberapa ulama besar al-Haramain seperti
Habib 'Abdul Qadir bin Ahmad as-Saqqaf, Syaikh 'Abdullah bin Sa`id al-Lahji dan
ramai lagi, rahimahumUllah.
Sekembalinya dari Kota Makkah, beliau telah turut bersama
Habib Hasan bin Ahmad BaHarun membuka Pesantren Darul Lughah wad Da'wah. Habib
Ahmad telah mengabdikan dirinya sebagai tenaga pengajar di pesantren tersebut
selama lebih kurang 25 tahun. Setelah wafatnya Habib Hasan rahimahUllah, Habib
Ahmad telah mendirikan pesantrennya sendiri di Bangil, Jawa Timur dengan nama
Darul Ihya` Li Ulumiddin. Habib Ahmad hafizahUllah terkenal sebagai ulama yang
tegas dalam menghadapi berbagai aliran sesat yang bertentangan dengan pegangan
Ahlus Sunnah wal Jama`ah terutamanya ajaran Syiah. Mudah-mudahan Allah
melanjutkan usia beliau dalam sihat wal `afiat yang sempurna serta melindungi
serta merahmati beliau sentiasa.
Diposkan oleh Majlis Arrahman
Tidak ada komentar:
Posting Komentar