Nasab Beliau:
Habib Ahmad Bin Umar Bin Ahmad Bin Aqil Bin Muhammad Bin
Abdullah Bin Umar Al-Hinduan Bin Ahmad Bin Hasan Al-Waraa' Bin Ali Bin Muhammad
Mauladdawillah Bin Ali Bin Alwi Al-Ghuyur Bin Muhammad Al-Faqih Al-Muqaddam Bin
Ali Bin Muhammad Shohib Mirbath Bin Ali Kholi' Qosam Bin Alwi Bin Muhammad
Shohib Shum'ah Bin Alwi Bin Ubaidillah Bin Ahmad Al-Muhajir Bin Isa Ar-Rumi Bin
Muhammad A-Naqib Bin Ali Al'Uraidhi Bin Imam Ja'far Ash-Shodiq Bin Imam
Muhammad Al-Baqir Bin Imam Ali Zainal Abidin Bin Imam Hussain Bin Imam Ali Bin
Abi Tholib (Bin Assayyidah Fatimah Azzahro) Binti Ar-Rosul Al-A'dzhom Muhammad
SAW.
Allamah Al-Habib Ahmad Al-Hinduan memiliki peribadi yang
mulia, berwajah lemah lembut dan berfikiran tajam. Memiliki banyak
keutamaan,alim dan menguasai berbagai bidang pengetahuan.Pengarang kitab yang
sarat dengan berbagai macam ilmu.Beliau tumbuh baik dalam asuhan ayahnya
Al-Habib Al-Faqih Umar Bin Ahmad Bin Aqil Al-Hinduan. Disamping itu beliau juga
memperoleh asuhan dari paman-pamannya dari pihak ibunya, yang juga merupakan
ulama pada masa itu seperti: Al-Habib Ahmad, Al-Habib Abu Bakar yang merupakan
putera-putera dari Al-Habib Al-Faqih Husain Ba Faqih RA. Kemudian beliau juga
memperoleh didikan dari beberapa ulama lain seperti: Al-Mu'allim Abdullah Ba
Jam'an sebagai guru dalam bidang Al-Quran. Dan beliau juga belajar kepada
Al-Habib Abdurrahman Bin Abdullah Ba Harun, Al-Faqih Muhammad Bin Ahmad Ba
Jubair, Syeikh Abdullah Bin Abu Bakar Al-Khotib dan As-Syarif Sahl Bin Ahmad Ba
Hasan.
Beliau mempunyai perhatian dan kegemaran dalam menuntut ilmu
dengan penerimaan yang baik, sentiasa melazimkan ketaatan dan ibadah di setiap
kesempatan manakala tidak ada kesibukan.
Al-Quthb Al-Ghauts Al-Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad,
pengarang Ratib Al-Haddad menuturkan tentang pengalaman dirinya selama bersama
dengan Al-Habib Ahmad Al-Hinduan. "Diantara kami dengan Al-Habib Ahmad
Al-Hinduan terdapat persahabatan serta kedekatan yang tak terpisahkan, kami
selalu duduk bersama dalam keramahan diberbagai kegiatan dimasa belajar kepada
Al-Faqih Abdurrahman, As-Sayyid Sahl dan Al-Faqih Abdullah Al-Khotib di Zawiyah
Alhajirah."
Berkenaan dengan keperibadian Al-Habib Ahmad Al-Hinduan
diungkapkan oleh Al-Habib Abdullah Al-Haddad iaitu: "Al-Habib Ahmad
Al-Hinduan adalah seorang tokoh yang alim, wara',memiliki ketajaman jiwa
(mukasyafah), lemah lembut dan zuhud. Kami mengakui keutamaan yang dimilikinya
dan berharap dapat memiliki sifat seperti beliau."
Al-Habib Ahmad Al-Hinduan melakukan perjalanan ke India dan
beliau tinggal disana dalam beberapa waktu untuk membantu paman dari saudara
ibunya Al-Habib Abu Bakar.
Kemudian beliau kembali ke Tarim (Yaman), dan dari Tarim
beliau melakukan ibadah haji serta berziarah ke pusara kakeknya Baginda
Rasulullah SAW. Semenjak itu beliau keluar masuk India sebanyak 2 atau 3 kali.
Namun setelah paman beliau (Al-Habib Abu Bakar) meninggal dunia, beliau menetap
di Tarim, hingga beliau wafat di sana.
Al-Habib Ahmad Bin Umar Al-Hinduan meraih mukasyafah pada
usia 18 tahun. Yakni mampu menyaksikan perihal kejiwaan seseorang, apakah orang
tersebut dalam keadaan suci ataukah berhadas. Kemudian beliau berdoa kepada
Allah agar mukasyafah tersebut ditutup, dikeranakan beliau tidak mahu menatap
hal-hal yang bersifat demikian.
Beliau juga memperoleh gelar "Qiblat Ad-DunYa"
yang bererti kiblat dunia. Hal ini merupakan gelar penghormatan atas kepakaran
beliau dalam dunia hukum islam (Fiqh), sehingga tidak tertandingi pada
zamannya. Dan bukti keberhasilan beliau adalah mencetak kader, dimana muridnya
yakni, Al-Habib Abdurrahman Bin Abdullah Ba Faqih yang meraih gelar
"Alamat Ad-Dun Ya" yang bererti tanda dunia, yakni beliau mampu
mengetahui dari bekas telapak kaki musafir dari mana dia berasal dan siapa
gurunya, dan apakah guru si musafir itu masih hidup ataukah sudah meninggal.
Bahkah beliau dapat membaca letak Ka'abah dari hembusan angin. Jika Al-Habib
Abdurrahman Ba Faqih sedemikian luar biasa, maka bagaimana lagi dengan Al-Habib
Ahmad Bin Umar Al-Hinduan yang selaku gurunya?!
Al-Habib Ahmad Bin Umar Al-Hinduan juga memiliki
kekeramatan, dimana setiap beliau melaksanakan Sholat,maka terasa olehnya
kenikmatan yang tak terhingga bahkan melampau segala kelazatan badani.
Dalam kitab Sabiil Al Muhtadin hal 100-118 termaktub Selawat
karya Al-Habib Ahmad Bin Umar Al-Hinduan Radhiyaallah 'anhu yang sangat
panjang. Selawat tersebut memiliki makna yang tinggi tentang tauhid dan
makrifat, akhlak, pujian dan doa dengan bahasa yang indah. Kitab selawat
tersebut diberi nama "Al Kawaakibul Mudhiiah Fi Sh-Shalaati' Alaa Khairil
Bariyyah" yang bererti Bintang-Bintang yang bercahaya (dalam Selawat) atas
sebaik-baik makhluk (iaitu Sayyidina Muhammad SAW). Selawat tersebut bagaikan cahaya
bintang dilangit. Dengan kita membaca selawat dimaksud maka InsyaAllah akan
mendapat limpahan cahaya, rahmat, taifiq dan hidayah dari Allah SWT dan
Syafa'atnya Rasulullah Muhammad SAW. Sehingga akan mencapai derajat yang tinggi
di dunia dan akhirat.
Dalam kitab Ghayah Al Qashd dikutip pernyataan singkat
Al-Habib Abdullah Al-Haddad kepada Al-Habib Ahmad Bin Umar Al-Hinduan
Radhiyallah 'anhuma. Dimana pada suatu kesempatan Al-Habib Abdullah berkata
kepada Al-Habib Ahmad Bin Umar Al-Hinduan: "Perasaan hati kami selalu
bersamamu, (duhai) engkau AL-HINDUAN".Al-Habib Ahmad Al-Hinduan menjawab:
Tak ada yang dapat menyenangkan dan memperbaiki perasaan hati kami selain
AL-HADDAD".
Dalam kitab Rafu Al-Astaar tertulis pengakuan langsung dari
pengarangnya iaitu: Al-Habib Abdurrahman Bin Abdullah Bin Ahmad Ba Faqih. Bahwa
Al-Habib Ahmad Bin Umar Al-Hinduan RA adalah peribadi yang alim, tersohor, dan
memahami berbagai bidang ilmu. Aku telah membaca kitab dihadapannya pada
berbagai kesempatan secara tekun dan mengambil manfaat dari dirinya. Dan aku
telah memakai khirqah mulia (pakaian simbol sufi) dari beliau berulang kali.
Dan beliau telah memberi ijazah kepadaku baik secara khusus ataupun umum. Dan
aku menemani Al-Habib Ahmad Bin Umar Al-Hinduan RA hingga beliau wafat di tahun
1122H.
Al-Habib Ahmad Bin Umar Al-Hinduan RA wafat tanpa menderita
suatu penyakit, pada malam jumaat tanggal 19 atau 20 shafar tahun 1122H,
disemadikan di Tarim, Hadharamaut (Yaman). Dan Beliau meninggalkan banyak anak,
putera dan puteri.
Sumber Daripada : Al-Habib Al-Sayyid Murtadha Bin Muhsin
Al-Hinduan (Situbondo,januari 2006,Penghimpun)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar