Ditengah kehidupan yang serba glamor dan bermegah sekarang
ini banyak sekali kita lihat para wanita yang mengumbar aurat dan bangga dengan
kulit putih mulusnya terjaja untuk lelaki. Entah karena kurangnya pengetahuan
agama atau apa saat ini para wanita sudah tidak lagi berpakaian menurut pakaian
yang dianjurkan Islam.
Well, sobat remaja semuanya pada artikel kali ini izinkan
kami akan share tentang 8 Sifat Pakaian Wanita yang menjadi tatacara pakaian
yang harusnya dipakai wanita menurut Islam :
1. Pakaian itu mestilah menutup aurat
Rasulullah saw bersabda :
Telah berkata Aisyah .a “ Sesungguhnya, Asma’binti Abu Bakar
menemui Nabi saw dengan memakai busana yang nipis ” Maka nabi berpaling
daripadanya dan bersabda “Wahai Asma’ , sesungguhnya apabila wanita itu telah
baligh (sudah haid) tidak boleh dilihat daripadanya kecuali ini dan ini ,
sambil mengisyaratkan kepada muka dan tapak tangannya”
2. Pakaian itu tidak terlalu nipis sehingga tampak bayangan
tubuh badan dari luar
“Dua orang ahli neraka yang belum pernah saya lihat adalah :
kaum yang memegang pecut bagai ekor lembu digunakan untuk memukul orang (tanpa
alasan), orang perempuan yang berpakaian tetapi telanjang bagaikan merayu-rayu
melenggok-lenggok membesarkan cemaranya bagaikan punuk unta yang mereng. Mereka
tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau syurga, sedangkan bau
syurga dapat dicium dari jarak yang sangat jauh”
(Riwayat Muslim)
3. Pakaian itu tidak ketat atau sempit
Dalam sebuah riwayat dari Abdullah bin Abi Salamah bahawa
Umar Bin Khattab .a menghadiahkan kepada seseorang dengan pakaian nipis buatan
Mesir Lama, kemidian berkata , “Jangan dipakaikan kepada isteri-isteri kamu!”
Lalu seseorang berkata “ Ya Amirul Mukminin aku telah memakainya untuk
isteriku, kemudian memutarkan badannya tetapi tidak kelihatan auratnya .”
selanjutnya Umar berkata, “Memanglah auratnya tidak nampak, tetapi bentuk
tubuhnya nampak”
4. Warna pakaian itu suram atau gelap,
Seperti warna hitam atau kelabu asap. Tujuannya adalah agar
lelaki tidak bernafsu melihatnya (terutamanya pakaian seperti jilbab atau
abaya) . Menurut Ibnu Kathir di dalam tafsirnya pakaian wanita-wanita pada
zaman Nabi saw ketika mereka keluar rumah berwarna hitam)
5. Tidak memakai wangi-wangian
Pakaian itu tidak sekali-kali disemerbakkan dengan bau-bauan
yang harum, demikian juga tubuh badan wanita itu, karena bau-bauan ini
menimbulkan pengaruhnya atas nafsu lelaki. Perempuan yang memakai bau-bauan
ketika keluar rumah sehingga lelaki mencium baunya disifatkan oleh Rasulullah
saw sebagai zaniyah, yakni pelacur atau penzina.
“Wanita apabila memakai wangi-wangian , kemudian berjalan
melintasi kaum lelaki maka dia itu begini dan begini iaitu pelacur ” (Riwayat
Abu Dawud dan Tirmizi)
6. Tidak seperti Pakaian Laki-Laki
Pakaian itu tidak bertashabbuh dengan pakaian lelaki yakni
tiada meniru –niru atau menyerupai pakaian lelaki
Telah berkata Ibnu Abbas :
“Rasulullah saw telah melaknat lelaki yang menyerupai wanita
dan wanita-wanita yang menyerupai lelaki”
(Riwayat Bukhari)
7. Pakaian itu tiada bertashabbuh dengan pakaian
permpuan-perempuan kafir dan musyrik
8. Pakaian itu bukanlah libasu sh-shuhrah, yakni pakaian
untuk bermegah-megah , untuk menunjuk-nunjuk atau bergaya.
http://blogtainment-remaja.blogspot.com/2013/06/8-tata-cara-berpakaian-wanita-menurut.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar