Tentang karamahnya pernah diceritakan bahawa anak lelaki
salah seorang kawannya meninggal dunia. Kawannya itu sangat susah sekali.
Seolah-olah kehidupannya terganggu oleh kematiannya. Ketika dibawa kehadapan
Sayid Ahmad Bahjadab ia berkata: “Hai Sayid, doakan agar Allah menghidupkan
puteraku kembali atau supaya aku dimatikan saja”. Sayid itu bertanya kepada
Al-Qadhi Muhammad bin Husin: “Apakah boleh mendoakan semacam itu?” Jawab Al-Qadhi
Muhammad bin Husin: “Mendoa semacam itu tetap boleh asalkan untuk mendatangkan
kebaikan dan menjauhkan kerugian”. Kemudian Sayid Ahmad berkata: “Kemudian pada
pertama kalinya aku akan doakan kamu agar tetap sabar dan redha menerima apa
yang telah ditetapkan oleh Allah”. Setelah beliau berdoa, orang itu segera
berkata: “Sekarang aku tetap rela apa yang telah ditetapkan oleh Allah”.
Diceritakan pula bahawa beliau sering bertemu dengan Khidir
a.s. Pada suatu hari salah seorang muridnya yang bernama Awadh Ba Muhtar minta
padanya agar ia dapat bertemu dengan Khidir. Jawab Sayid Ahmad: “Insya-Allah
kamu akan menemuinya tapi kamu tak dapat”. Yang diucapkan oleh Sayid Ahmad itu
ternyata benar, iaitu di suatu hari ketika Awadh Ba Muhtar sedang berada di
atas gunung yang dikenal dengan nama Al Mu’jaz ia berjumpa dengan Khidir yang
berlakon sebagai seorang Badwi sedangkan ia tidak pula mengenalnya. Ketika
Badwi itu telah jauh ia berteriak dari jauh: “Hai Awadh Ba Muhtar, Assalamu
Alaikum, segala hajatmu akan dikabulkan oleh Allah dan sampaikan salamku pada
Sayid Ahmad”. Dengan terkejut Awadh berseru: “Datanglah ke mari, aku akan
menanyakan sesuatu padamu”. jawab Khidir dari jauh: “Tidakkah telah dikatakan
kepadamu oleh Sayid Ahmad bahawa kamu tidak akan dapat berbuat sesuatu
terhadapku?” Kemudian Khidir segera lenyap dari pandangannya.
Selain itu, beliau juga dikenal sebagai seorang mustajab
segala doanya. Kerana itu setiap saat rumahnya selalu dipenuhi orang untuk
mohon doa. Terutama bagi mereka yang sedang kena musibah. Sehubungan dengan itu
pernah diceritakan bahawa pernah salah seorang muridnya bernama Umar bin Ali
bin Mansur datang dari desanya mengeluh bahawa seluruh penduduk desanya sedang
dalam kesulitan disebabkan musim kering yang terlalu lama. Ia datang mohon doa
agar didoakan agar segera turun hujan. Jawab beliau: “Insya-Allah akan turun
hujan di desamu pada hari Rabu mendatang. Ia segera pulang memberi berita
gembira pada seluruh penduduk desanya. Apa yang diucapkan oleh beliau itu
ternyata benar. Tepat di hari Rabu, Allah menurunkan hujan di desa muridnya
itu. Sehingga tanahpun dapat hidup kembali.
Sayid Ahmad bin Alwi ini wafat di kota Tarim di tahun 973 H
dan dikuburkan di tanah Zanbal. Kuburnya banyak diziarahi orang.
Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat
Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa
Tidak ada komentar:
Posting Komentar