Tentang karamahnya besar sekali. Pada suatu hari beliau
memegang besi yang menyala. Narnun tidak dapat melukai tubuhnya walaupun
digoreskan pada tubuh beliau. Sebabnya ialah pada suatu hari ketika beliau
masih muda beliau pernah merayu seorang wanita cantik. Narnun wanita itu selalu
menolaknya. Abu Muhammad dikenal sebagai seorang kaya yang banyak menolong
orang. Pada suatu waktu ketika wanita itu ditimpah musibah ia memerlukan wang
dan bantuan. Kerana itulah ia teringat pada Abu Muhammad yang dulu merayunya.
la segera mengundang Abu Muhammad ke rumahnya. Ketika Abu Muhammad bertemu
padanya beliau bertanya: “Apakah yang menyebabkan anda mengajakku berbuat
sedemikian ini?” Jawabnya: “Aku tertimpa suatu musibah, aku memerlukan wang dan
pertolongan dan aku tidak tahu jalan lain selain ingat padamu, sebenarnya aku
tidak terbiasa dengan mengajak orang laki ke suatu jalan yang tidak baik”.
Mendengar ucapan itu Abu Muhammad segera sedar akan dirinya. Dengan segera
beliau berikan semua harta yang ada padanya. Kemudian beliau segera mening
galkan wanita itu dan beliau pun bertaubat kepada Allah. Ketika wanita itu
melihat Abu Muhammad meninggalkannya dan memberikan semua harta yang dimilikinya
itu ia berdoa kepada Allah: “Semoga Allah menjauhkan engkau dari api neraka
sebagaimana engkau menjauhkan diri dari perbuatan jahat yang akan menyebabkan
aku terjerumus ke dalam api neraka”. Ternyata doa wanita itu dikabulkan oleh
Allah sehingga Abu Muhammad mendapat darjat kewalian dan diberi karamah tidak
akan terbakar oleh api yang nyala. Sejak saat itu Abu Muhammad terus beribadat
dan selalu berkumpul dengan orang-orang yang soleh. Dan karamah beliau pun
banyak.
Abu Muhammad wafat di tahun 668 H.Dipetik dari: Kemuliaan
Para Wali – karangan Zulkifli Mat Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa
Diposkan oleh Majlis Arrahman
Tidak ada komentar:
Posting Komentar