(HABIB SA'AD - Tarim)
Beliau adalah Al Habib Muhammad bin ‘Alwy Al Aydrus, digelar
dengan nama Habib Sa’ad. Beliau lahir di Tarim pada tahun 1351 H dan besar di
Tarim. Mengambil 'ilmu dari 'ulama-'ulama Tarim khususnya di Ribath Tarim.
Kemudian beliau berpindah ke ‘Aden untuk mencari bekerja. Dan disana beliau
berhadapan dengan corak pemerintahan keras Komunis Merah pada ketika itu, yang
menahannya (masukkannya) dalam penjara tanpa kesalahan dan tanpa kehormatan
sebagai mana dilakukan kepada ramai daripada golongan sholihin.
Namun mehnah (ujian) yang merupakan tarbiyyah Allah ke
atasnya, maka Allah telah mentaqdirkan baginya bahwa dia menghafal Al-Quran
dalam kegelapan penjara. Kemudian pada 1395 H beliau keluar dari penjara
setelah hampir 4 tahun dipenjara. Setelah itu beliau kembali ke Tarim dan
menjadi imam di Masjid As-Saqqaf dan guru Al-Quran di Mu’alamah Abi Murayyin.
Para pelajar berduyun-duyun datang belajar daripadanya walaupun berlaku
kekerasan komunis pada ketika itu dan masih lagi berterusan selepas itu. Habib
Sa’ad sangat suka membaca, memuthola’ah dan mengumpul bahan-bahan ilmu sehingga
semua karangannya mencapai lebih 70 buah kitab. Beliau juga terlibat dalam
beberapa seminar dan muktamar di Tarim.
Pada tahun 2009, beliau menerima anugerah penghargaan dari
Markas Ibnu ‘Ubaydillah As-Saqqaf kerana jasa dan sumbangannya dalam bidang
penghafalan Al-Quran.
Habib Sa'ad adalah Guru Al Qur'an oleh Habib 'Umar bin
Muhammad bin Hafidz
Habib Sa’ad menghasilkan banyak penulisan, mencecah lebih
daripada 70 buah. Antanra karangan beliau yaitu kitab mengenai niat, siwak,
kelebihan kalimah Laa ilaaha ilallah,Hikam Al-Imam ‘Ali رضي الله
عنه,,
Habib Sa’ad wafat pada usia 81 tahun. Beliau meninggal dunia
ketika sedang membaca kitab Ihya ‘Ulumiddin karangan Al Imam Al Ghozali pada
tengah hari Kamis dan Beliau tiba-tiba rebah sementara kitab masih berada di
tangan beliau..Allahu Akbar !!!
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=465184486835297&set=a.210709762282772.52958.210611705625911&type=1&relevant_count=1
Tidak ada komentar:
Posting Komentar