Nama
lengkap kelahirannya
Nama
lengkap beliau adalah Alim al-Allamah al-Faqih Syeikh Ismail bin Ismail bin
Usman bin Ali bin Salimbin Abdurrahman bin Abi Ghaits bin Ibrahim bin Ismail
bin Muhammad az-Zain.
Beliau
di lahirkan pada bulan Rabi`ul Awal tahun 1352 hijriyyah di kota Dhahi, kota
ini terletak di wilayah Wadi Sardud, kota yang banyak mengeluarkan ulama dan
orang yang shaleh-shaleh.
Sifat,
tabi`at, dan bentuk tubuhnya
Syeikh
Ismail memiliki tubuh yang sedang-sedang saja, tidak kurus dan juga tidak
gemuk, pembawaannya selalu santai dan tenang, tidak berbicara kecuali sekedar
keperluan, beliau sangat di cintai oleh penduduk kampungnya, bersifat zuhud,
wara`, tawadhuk, tidak suka membuangkan masa kepada perkara-perkara yang tidak
perlu, menghornati ulama dan orang tua, rajin bekerja dan taat beribadah.
Belajar
Ilmu agama
Dari
kecilnya telah belajar ilmu agama atas didikkan ayahandanya, banyak sekali
kitab-kitab yang telah beliau habiskan, diantara kitab-kitab yang beliau baca
dan pelajari adalah ; Safinatu an-Naja, al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah, Matan
al-Ajurumiyyah, dan beliau banyak
menghapal matan-matan kitab.
Selain
belajar ilmu agama dari ayahnya, beliau juga telah belajar dari banyak
ulama-ulama yang berada di kotanya, kerajinan dan kegigihan beliau terhadap
illu agama sangat tinggi sekali, setiap disiflin ilmu agama beliau pelajari
dengan sungguh-sungguh, dari mulai Fiqih, Tafsir, Hadis, Nahu, Taswuf,
Fara`idh, Sorof, TauhidUsul Fiqih, Mantiq, Balaghah `Arudh dan lain-lainnya.
Pada
tahun 1375 hijriyah beliau mulai mengajar di kotanya dan di kota az-Zaidiyyah,
para guru-gurunya sangat senang sekali, sebab mereka melihat beliau memiliki
pemahaman yang lurus, kecerdasan yang tinggi, banyak diantara teman-temannya
juga ikut mendengarkan pengajian beliau, para pelajar memadati halaqah
pengajiannya.
Berhijrah
ke Makkah Mukarramah
Pada
tahun 1380 hijriyah beliau berhijrah ke Makkah al-Mukarramah dan berniat untuk
menetap di Makkah, dari tahun inilah beliau sibuk untuk mengajar, mengarang
kitab, mentela`ah kitab, mulailah ulama-ulama Makkah mengenali keilmuan beliau,
disamping itu beliau juga belajar dengan ulama besar yang masih hidup di kota
suci tersebut, dari pengajianSyeikh Hasan Masyath, Syeikh Muhammad al-Arabi
at-Tabbani, Syeikh Muhammad Yahya Aman, Syeikh Hasan Sa`id Yamani, Syeikh Alawi
al-Maliki dan lain-lainnya.
Pada
tahun 1382 hijriyyah beliau mulai mengajar di Madrasah as-Solatiyyah
al-Hindiyyah yang terkerkenal dengan keberkataannya, beliau diangakat menjadi
guru tingkat Tsanawiyah dan Aliyyah dalam jangka 23 tahun.
Disamping
beliau mengajar di Madrasah Solatiyyah,beliau juga mengajar di Masjid al-Haram
dan di rumah pribadinya, para penuntut ilmu banyak mendatangi pengajian beliau,
terlebih-lebih pelajar dari Indonesia, Malaysia dan Fathoni (Thailand ), nama
beliau menjadi masyhur di kalangan ulama terlebih-lebih di kalangan ulama
Syafi`iyyah di Makkah dan sekitaranya, sehingga beliau menjadi sumber fatwa
permasalahan-permasalahan yang baru, waktu beliau di habiskan untuk mengajar
dan memberikan fatwa, terkadang-kadang datang dari negara Indonesia permohonan
fatwa dari permasahan yang baru.
Para
guru-guru beliau :
Diantara
guru-guru beliau adalah :
1
- Ayahandanya Ismail bin Usman Zain al-Yamani.
2
- Sayyid Umar `Awadh al-Ahdal.
3
- Sayyid Abdul Qadir Qadiri al-Hasani.
4
- Sayyid Husein bin Muhammad az-Zawak.
5
- Sayyid Muhammad bin Muhammad ibni Abdurrahman al-Qadimi.
6
- Sayyid Muhammad bin Yahya Dum al-Ahdal.
7
- Syeikh Islam Sayyid Abdurrahman bin Muhammad al-Ahdal.
8
- Sayyid Muhammad bin Hasan bin Abdul Bar al-Ahdal.
9
- Syeikh Alawi bin Abbas al-Maliki al-Makki.
10
- Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tabbani.
11
- Syeikh Hasan Masyath.
12
- Syeikh Muhamad Yahya Aman.
13
- Syeikh Hasan Sa`id Yamani.
14
- Sayyid Muhammad Amin Kutubi.
15
- Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani.
16
- Syeikh Amin at-Torablusi.
17
- Syeikh Hasanain Makhluf.
18
- SYeikh Ahmad Hamadah.
19
- Syeikh Ibrahim Abu an-Nur Syafi`i.
20
- Syeikh Muhammad Ilyas.
21
- SYeikh Muhammad Zakaria al-Kandahlawi.
22
- Syeikh Muhammad Yusuf Banuri.
23
- Syeikh Abdullah Sirajuddin.
24
- Syeikh Bakri Rajab.
25
- Syekh Abdullah Shiddiq al-Ghumari.
26
- Syeikh Abdul Aziz Shiddiq al-Ghumari.
27
- Syeikh Abdul Wasi` al-Wasi`i.
28
- Syeikh Muhammad Makki bin Muhammad bin Ja`fari al-Kattani.
29
- Syeikh Muhammad bin Salim bin Hafizh al-Yamani.
30
- Syeikh Abdullah bin Abdul Karim al-Jarafi
Dan
lain-lain.
Diantara
Murid-murid beliau adalah :
1
- Syeikh Muhammad bin Ismail al-Yamani al-Makki.( * )
2
- Syeikh Ahmad Jamhuri al-Banjari.( * )
3
- Syeikh Zainal Abidin Jefri al-Banjari.( * )
4
- Syeikh Mahmud Said Mamduh al-Qahiri.( * )
5
- Syeikh Ibrahim Zannun al-Mandili.( * )
6
- Syeikh Abdul Malik Raihan bin Abdul Qadir al-Mandili.( * )
7
- Syeikh Muhammad Husni Tamrin Jefri al-Banjari.( * )
9
- Syeikh Ali Jum`ah ( Mufti Mesir ).( * )
10
- Syeikh Husein Siraj al-Fathani. ( * )
11
- Syeikh Khalid bin Abdul karim Turkistani.( * )
12
- Syeikh Asyrof Ismail at-Tijani.( * )
13
- Syeikh Muhammad Nuruddin al-Banjari.( * )
14
- Syeikh Ibrahim bin Abdullah al-Ahsa`i.( * )
15
- Syeikh Hamid bin Akram al-Bukhari. ( * )
16
- Syeikh Abdullah bin Naji al-Makhlafi.
17
- Syrikh Ahmad bin `Asyur al-Makki.( * )
18
- Syeikh Yusuf bin Abdurrahman al-Mar`asyli. ( * ).
19
- Syeikh Soleh Ahmad bin Muhammad Idris al-Arkani.
20
- Syeikh Abdul Fatah Husein Rowah ( Rawa-red ).
Diantara
hasil karangan beliau adalah :
1
- Arba`una Hadisan Fi al-Mawa`izh Wa al-Ahkam.
2
- Irasyadu al-Mu`min Fi Fadha`ili Zikri Rabbi al-`Alamin.
3
- Is`afu at-Thullab Bi Syarhi Nizomi Qawa`idi al-I`rab.
4
- al-Jawabul al-Wadhih as-Syahir Fi al-Ghazawat.
5
- Daiwan al-Khithabi al-Minbariyyah.
6
- Risalah Ziyarah Fi Jabal Uhud.
7
- Risalah Fi Maudhu`i al-Halq Wa at-Taqshir Fi an-Nusuk.
8
- Risalah Haula Istikhdami Mukabbirati as-Shaoti Fi al-Masajid.
9
- Risalah Tata`allaqu Bi as-Shalati Fi at-Tha`irah.
10
- Dhu`u as-Syam`ah Fi Khususiyati al-Jum`ah.
11
- Shilatu al-Khalaf Bi Asanid as-Salaf.
Dan
lain-lain.
Setelah
menghabiskan masa dan umurnya untuk menebarkan ilmu tanpa jemu dan lelah
akhirnya beliau meninggal dunia pada hari rabu 21 Zul Hijjah 1414 hijriyyah, di
sembahyangkan setelah shalat subuh di Masjid Haram pada hari kamis kemudian di
kuburkan di perkuburan Ma`la berhampiran dengan kuburan Sayyidah Asma` binti
Abu Bakkar r.a.
Rujukkan
:
1
- Kasyfu al-Ghain An Nabadzati Hayati Ismail az-Zain : halaman :17 ,Syeikh
Ismail Zain, Dar al-Qudus.
2
- Mu`jam al-Ma`ajim Wa al-Masya`ikh Wa al-Faharis Wa al-Baramij Wa al-Atsbat :
85 / 3, karangan Doktor Yusuf al-Mar`asyli, Maktabah ar-Rusyd.
3
- `Aqdu al-Jauhar Fi Ulama ae-Rub`i al-Awwal Min al-Qarni al-Khamis
`Asyar,:1754 / 2 , Doltor Yusuf al-Mar`asyli , Dar Makrifah, Libanon.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar