Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat
penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan Sayyidina
Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah
ibunya. Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan
takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama
berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan
seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu.
Batu belah, dipercayai dibelah oleh Waliallah
Syarif Muhammad al-Baghdadi dengan tangannya.
Di Hulu Terengganu, beliau menjalankan kerja-kerja dakwah Islam
dengan gigih kepada masyarakat dan dikatakan memainkan peranan penting dalam
usaha menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit. Setelah berjaya menjatuhkan
kerajaan Hindu dan ada juga yang menyatakan kerajaan Buddha), beliau telah
mendirikan sebuah kerajaan Islam Dinasti al-Kamil. Pemerintah kerajaan Pasai
iaitu Sultan al-Malikul Salleh bersama dengan seorang wali Allah bernama Syeikh
Ismail (makamnya di Pulau Besar, Melaka) dikatakan pernah menghadap seorang
khalifah dari dinasti al-kamil pada tahun 1290. Kemungkinan besar Khalifah yang
dimaksudkan olah Syarif Muhammad al-Baghdadi. Kerajaan Dinasti al-Kamil ini
dkatakan menaungi kerajaan Islam lain seperti kerajaan Cirebon, Banten, Mataram
dan Pagar Ruyung. Seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang
dinamakan Kota Temir yang terletak di kawasan seluas 300 ekar.
Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang
memeluk Islam lalu menjadi pengikut setia kepadanya. Peristiwa ini berlaku
kira-kira 700 tahun dahulu. Pemerintahan dan perjuangan Syarif Muhammad
al-Baghdadi kemudiannya diteruskan oleh zuriat keturunannya yang bernama Syarif
Abdul Qahar bin Syarif Muhammad, kemudian cucunya Syarif Abdullah bin Syarif
Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut
Syeikh Abdul Malik lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis. Kesemua
zuriat keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah wali Allah dan dimuliakan
Allah dengan diberikan pelbagai karamah.
Di antara warisnya yang paling menonjol ialah cicitnya iaitu
Tok Pulau Manis. Tok Pulau Manis diriwayatkan pernah menubuhkan ‘Kota Pulau
Manis’ dan mendirikan institusi pendidikan agama yang sangat terkenal di Alam
Melayu pada ketika itu. Anak Tok Pulau Manis yang bernama Siti Zubaidah
dikatakan telah berkahwin dengan Tun Jenal yang kemudiannya ditabalkan menjadi
raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.
Satu-satunya peninggalan terbesar
Syarif Muhammad al-Baghdadi ialah sebuah batu bersurat yang dikenali dengan
nama Batu Bersurat Terengganu. Tulisan yang tercatat pada permukaan hadapan
batu bersurat tersebut adalah seperti berikut:
RasululLah
dengan yang arwah santabi mereka
Asa
pada Dewata Mulia Raya beri hamba meneguhkan Agama Islam
Dengan
benar bicara derma mereka bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya
Di
Benuaku ini penentu agama RasululLah sallallahi wassalama raja.
Mandalika
yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam
Bumi
penentu itu fardhu pada sekalian Raja Manda.
Lika
Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar.
Bicara
berbajiki benua penentuan itu maka titah Seri Paduka.
Tuhan
menduduki Tamra ini di Benua Terengganu adi pertama ada.
Jumaat
di bulan Rajab di tahun saratan disasanakala.
Baginda RasululLah telah lalu tujuh
ratus tua.
http://pejuangmelaka.blogspot.com/2011/08/kenali-wali-agung-syarif-muhammad-al.html
Batu Bersurat
Tidak ada komentar:
Posting Komentar