KELAHIRAN
DAN KEHIDUPAN BELIAU:
Beliau
berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu
kesayangan Rasulullah s.a.w. Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal
di Lubnan dan Kanada.
LATAR
BELAKANG PENDIDIKAN BELIAU:
Pada
awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya
di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana
Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat
pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun. Beliau melanjutkan
Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada
tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormat
daripada Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.
ANTARA
GURU-GURU BELIAU:
Beliau
mengambil tarbiah sufiyah secara khusus dari As-Sheikh Al-Mursyid Sidi Abdul
Qadir Isa r.a. yang merupakan mursyid bagi Tarikat As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah.
Setelah dilihat kelayakan Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani, dalam memikul tugas
sebagai mursyid, maka Sidi Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. memberi izin wirid ‘am
dan khas tarikat As-Syazuliyah dan izin irsyad dan tarbiah kepada beliau.
Sheikh Yusuf merupakan khalifah Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. yang termuda dari
kalangan keempat-empat khalifah beliau. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani pernah
dibawa oleh Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. untuk bertemu dengan guru beliau
sendiri iaitu Sheikh Muhammad Al-Hasyimi. Sheikh Muhammad Al-Hasyimi turut
memberi izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah kepada Sheikhuna Sidi
Yusuf Al-Hasani r.a.. Sheikhuna Yusuf Al-Hasani bersahabat dengan Sheikh Abdul
Qadir Isa sehinggalah ke hujung hayat Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Setelah
kewafatan Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikhuna Yusuf juga turut mencari
mursyid lain sebagai tabarruk dan merasakan diri masih lagi memerlukan tarbiah
dari seorang mursyid, walaupun pada ketika itu, beliau sudahpun mendapat izin
sebagai seorang mursyid. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai’ah
tabarruk dari Sheikh Sa’duddin Murod, yang merupakan khalifah utama Sheikh
Abdul Qadir Isa r.a.. Sheikh Sa’duddin Murod turut memberikan kepada Shiekh
Yusuf Al-Hasani izin tarbiah khalwah dan izin wirid am dan khas tarikat
As-Syazuliyah. Bukan sekadar itu sahaja, malah Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani
turut menemui Sheikh Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf untuk mengambil bai’ah
tarikat daripada beliau seterusnya menjadi murid beliau. Sheikh Abdul Qadir As-Saggaf
lantas memberi kepada Sheikhuna Yusuf Al-Hasani, izin irsyad tarikat
As-Syazuliyah, kerana melihat keahlian yang dimiliki oleh Sheikhuna Yusuf. Di
samping itu juga, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai’ah tarikat
daripada beberapa mursyid tarikat berlainan lantaran itu, turut menerima izin
irsyad dari mursyid-mursyid tarikat tersebut. Antara mursyid-mursyd tersebut
adalah:
1. Sheikh
Soleh Farfur (tarikat As-Syazuliyah juga)
2. Sheikh
Sayyid Muhammad bin Sayyid ‘Alawi Al-Maliki (tarikat Alawiyah)
3. Sheikh
Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi (tarikat An-Naqsyabandiyah)
4. Sheikh
Muhammad Na’im Al-Jailani Al-Asyarafi (tarikat Al-Qadiriyah)
5. Sheikh
Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (tarikat Asyirah Muhammadyah)
6. Sheikhuna
Sidi Yusuf Al-Hasani juga meriwayatkan hadis-hadis musalsal dan sanad-sanad
hadis dan ilmu agama secara umum dari Sheikh Sayyid Muhammad bin Alawi
Al-Maliki r.a. dan Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim.
AKTIVITI-AKTIVITI
BELIAU:
*Pengarah
Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini.
*Pensyarah
di Universiti Islam Lubnan.
*Ahli
JawatanKuasa Majlis Fatwa Lubnan.
*Anggota
Majlis Ulama’ di Syria.
*Seorang
pendakwah peringkat antarabangsa (Syam, Kanada, Mesir, Jepun dan AsiaTenggara).
*Mursyid
atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada.
*Murobbi
Tasauf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah,
Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya.
*Pengasas
Dar El-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir.
*Penasihat
Kehormat Institut Pengajian Ar-Razi, Pulau Pinang, Malaysia
Kewargaan:
Libanon
T. Tgl
Lahir: Libanon pada Tahun 1948.
Pendidikan:
*Menyelesaikan
Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M
*Menyelesaikan
Pendidikan pada Institut Hukum Islam di Fakulti Syariah Islam di Universiti
Islam Syria 1974 M
*Menyelesaikan
Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Sivil internasional pada Fakulti Syari’ah
Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar 1989 M
Jabatan :
*Terpilih
sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga Fatwa di Libanon 1975 –
1982 M
*Imam Masjid
di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M
*Pembimbing
Spiritual (Murobi) pada 2 Masjid Bosnia & Hamilton di Toronto, di samping
pada berbagai Komuniti Muslim di Amerika Utara 1992 M
Jabatan
lainnya :
*Terpilih
sebagai da’i kehormatan dan Penasihat umum dalam bidang hukum agama dan moral
Islam di seluruh komuniti muslim di Amerika Utara.
*Diangkat
sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon.
*Pensyarah
Fikih Ushul Fikih di Universiti Al-Azhar.
*Penasihat
dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam di Universiti Al Razi
Malaysia.
*Da’i
kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei,
Japan dan lain-lain.
*Pimpinan
Umum Persatuan Da’i Tasawuf internasional.
Lain-lain:
*Pakar
bidang studi perbandingan antara fikih Hanafiah dan madzhab-mdzhab lain, serta
pemikiran Islam.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar