adalah
seorang wali Allah SWT yang telah menghabiskan masa hidupnya di singapura. Maqam
beliau terletak disebuah bukit, yaitu di Palmer Road, Tanjung Pagar, Singapura.
Habib Nuh Al
Habsy berasal dari kedah, malaysia. Beliau berketurunan Rasulullah SAW.
mengikuti nasab Sayyidina Ali Zainal Abidin bin Sayyidina Hussein RA Tidak
banyak yang mengetahui kehidupan beliau diusia muda. Beliau adalah mempunyai 4 bersaudara,
yaitu Habib Noh, Habib Ariffin dan Habib Zain (kedua-duanya meninggal di Pulau
Pinang) dan Habib Salikin, yang meninggal di Daik, Indonesia.
Beliau
menikah dengan Anchik Hamidah yang berasal dari Province Wellesley, Pulau
Pinang, mereka dikurniakan hanya seorang anak perempuan bernama Syarifah
Badaniah. Syarifah Badaniah kemudiannya berkawin dengan Syed Mohamad bin Hassan
Al-Syatiri di Jelutong, Pulau Pinang. Pasangan ini kemudiannya memberikan Habib
Noh hanya seorang cucu perempuan bernama Syarifah Rugayah. Dia berkawin dengan
Syed Alwi bin Ali Aljunied dan mereka mempunyai lima anak, dua lelaki dan tiga
perempuan bernama Syed Abdul Rahman, Syed Abdullah, Syarifah Muznah, Syarifah
Zainah dan Syarifah Zubaidah.
Beliau
adalah seorang yang amat wara. Waktu malamnya beliau gunakan untuk sholat
hingga terbit fajar. Dan beliau juga sering berkunjung ke makam-makam untuk
selalu mendoakan roh-roh yang telah meninggalkan jasad.
Habib nuh
sangat di idolakan oleh masyarakat, baik yang tua, muda dan bahkan anak-anak.
Sering orang melihat karamah-karamah beliau. Beliau juga sering memberikan
permen dan uang kepada anak-anak, fakir miskin dan yang memerlukan. Habib Nuh
sangat sayang kepada anak-anak karana mereka adalah Ahlul Jannah [ahli Syurga].
Habib
Nuh mempunyai banyak sekali karamah selama hidupnya. Beliau pernah dipenjarakan
oleh penjajah, tapi anehnya Habib Nuh tetap berada di luar penjara, walaupun dalam penjara kaki dan
tangannya dirantai beliau masih bisa keluar, sehingga penjajah tidak bisa lagi
untuk memenjarakan beliau.
Habib Noh
juga terkenal sebagai tabib yang hebat, banyak sekali cerita yang menunjukkan
karomah habib nuh
Beberapa
Karomah Beliau
-
Al
Habib Nuh disaat mengobati anak-anak. beliau juga tidak segan’’ berjalan jauh
tuk mengobati. Pernah diceritakan bahwa beliau pernah mengubah air kelapa
menjadi air susu dan diberikan kepada anak dari seorang keluarga miskin yang
sedang sakit.
-
Diceritakan
lagi bahwa pada satu ketika ada seorang saudagar yang sedang dalam pelayaran ke
Singapura. Dalam pelayaran, kapalnya telah dipukul badai yang kencang. Dalam
suasana cemas tersebut, saudagar itu berdoa kepada Allah SWT agar diselamatkan
kapalnya dari angin ribut tersebut dan dia bernazar jika sekiranya dia selamat
sampai ke Singapura dia akan menghadiahkan sebuah kain kepada Habib Nuh.
Alhamdulillah, dia dan barang dagangannya diselamatkan Allah dari keganasan
angin ribut tersebut. Setibanya di Singapura, dia sangat heran kerana Habib Noh
telah sedia menunggu kedatangannya di pelabuhan dan memintanya melaksanakan
nazar yang telah dibuatnya di tengah laut itu.
-
Dalam
satu peristiwa lain, ketika sebuah kapal hendak berlayar, muncul Habib Noh di
perlabuhan. Habib Noh menahan barang2 yang berharga yang dibawa bersama dalam
pelayaran itu. Orang2 tidak senang dengan sikap beliau itu tetapi beliau tetap
bertegas;
“Tidak boleh membawa barang-barang
yang berharga.”
Beberapa
hari kemudian, penduduk Singapura mendapat berita bahwa kapal tersebut telah
terbakar dan tenggelam di tengah lautan. Barulah orang2 yang mempunyai barang2
tersebut sadar hikmah dibalik larangan Habib Noh itu.
-
Pada
satu saat ada seorang India Muslim yang balik ke India melewati jalan laut
untuk. Dia telah berniat bahwa jika dia kembali ke Singapura dengan selamat,
dia akan menghadiahkan kepada Habib Noh satu hadiah. Ketika dia pulang, dia
terkejut karena melihat Habib Noh sudah menunggunya di tepi laut.
Habib Noh berkata kepadanya “Saya
percaya bahwa anda sudah berjanji untuk memberikan sesuatu kepada saya.”
Terkejut, India Muslim itu berkata, “Katakan kepada saya wahai tuan yang
bijaksana, apakah yang tuan hajati dan saya akan dengan senang hati
menghadiahkan kepada tuan.”
Habib Noh
menjawab, “Saya ingin beberapa gulung kain kuning untuk bersedekah kepada orang
miskin, yang memerlukannya dan anak-anak.”
Sambil
memeluk Habib Noh, India Muslim itu berkata, “Demi Allah, saya amat gembira
untuk menghadiahkan kepada seorang lelaki yang dirahmati Allah karena baik
budinya terhadap umat manusia. Berilah pada saya tiga hari untuk
menghadiahkannya kepada tuan.”
-
Dikisahkan
bahwa Kiyai Agung Muhammad bin ‘Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban memang selalu
mengamalkan bacaan maulid Junjungan Nabi s.a.w., tetapi kadangkala beliau
meninggalkannya.
-
-
Pada
satu malam, beliau bermimpi dan dalam mimpi tersebut beliau bertemu dengan
Junjungan Nabi Muhammad SAW dan Habib Nuh yang ketika itu sudah berpulang ke
Rahmatullah. Dalam mimpi tersebut, Habib Nuh sedang mengiringi Baginda Nabi SAW
yang sedang berjalan di hadapan rumah Kiyai Agung, lalu Habib Nuh pun berkata
kepada Baginda Nabi SAW: “Ya RasulAllah, marilah kita berkunjung ke rumah kawan
saya Muhammad Suhaimi.”
-
-
Tetapi
Junjungan Nabi SAW tidak mau berkunjung sambil bersabda: “Saya tidak ingin
berkunjung kesana, Muhammad Suhaimi ini selalu melupakan saya, karena dia
selalu meninggalkan bacaan maulid saya.” Habib Nuh merayu kepada Baginda Nabi
SAW “Saya mohon kepada Baginda supaya dia diampuni.” Setelah itu barulah
Junjungan Nabi SAW. mau masuk dan duduk di dalam rumah Kiyai Agung. Inilah
kisah mimpi Kiyai Agung, setelah isyarat mimpi itu, maka Kiyai Agung tidak lagi
meninggalkan bacaan maulid, meskipun dalam pelayaran sekalipun dan walaupun
hanya 2 atau 3 orang saja dalam majlis pembacaan tersebut.
Habib Nuh
al-Habsyi wafat pada hari Jum'at, 14 Rabi`ul Awwal 1283H. Sebelum meninggal,
beliau telah mewasiatkan agar dikebumikan di atas sebuah bukit kecil di Jalan
Palmer tersebut. Wasiat ini dipandang sedikit aneh karena tempat yang
ditunjukkannya itu adalah terpencil dari kuburan orang Islam dan berada di
tepian laut. Maka keluarga beliau memutuskan agar jenazahnya dimakamkan saja di
tanah perkuburan biasa. Setelah selesai urusan jenazah dan ketika hendak dibawa
ke tanah pemakaman biasa, jenazah beliau tidak dapat diangkat oleh orang yang
hendak membawanya. Diceritakan puluhan orang mencoba untuk mengangkat jenazah
tersebut, semuanya gagal. Akhirnya mereka diperingatkan agar mematuhi wasiat Habib
Nuh tentang tempat pengkebumiannya. Maka ketika jenazahnya hendak dibawa ke
tempat menurut wasiatnya tersebut, maka orang-orang yang membawanya merasa
jenazahnya amat ringan dan mudahlah mereka mengusungnya. Maqam beliau tetap
terpelihara sehingga sekarang dan menjadi tempat ziarah bagi mereka yang
mencintai para Aulia Allah
Banyak
sekali cerita dari karamah-karamah beliau yang patut kita teladani dan kita
dapat mencontohi jejak langkah beliau dalam mengikuti perjalanan para
leluhurnya sambung-menyambung sehingga ke hadhrat Junjungan Rasulullah SAW
Sumber:
Tujuh Wali
Melayu
Sheikh
Hassan Abdullah Al-Khatib, penjaga makam Habib Noh
http://pusaka-ilmuanwali.blogspot.com/2013/02/kisah-para-wali-di-tanah-melayu-habib.html
Tidak ada komentar:
Posting Komentar