Beliau ialah penyusun Ratib Alaydrus yang sering dibaca di
beberapa majlis taklim, marga beliau bergelar Alaydrus yang ertinya ketua
orang-orang tasauf.
Beliau lahir di Tarim pada 10 Zulhijjah 811H. Ayah beliau
bernama Habib Abu Bakar Sakran dan ibunya bernama Mariam dari seorang zuhud
bernama Syeikh Ahmad bin Muhammad Barusyaid.
Habib Abdullah Alaydrus bin Abu Bakar Sakran seorang wali
qutub (imamnya para wali) dan seorang ahli sufi. Sejak kecil beliau gemar sekali
membaca karya-karya ulama termasyhur seperti kitab Ihya ulumudin karangan Imam
Ghazali hingga beliau hampir hafal kerana seringnya membacanya.
Beliau selalu tawaduk, beliau selalu duduk di atas tanah dan
senantiasa sujud di tanah sebagai rasa bahawa dirinya tidak ada apa-apanya di
hadapan Allah SWT. Kerap kali beliau mengangkat sendiri barang-barang
keperluannya dan tidak memperkenankan orang lain untuk membantu membawanya.
Beliau selalu berjalan ketempat-tempat yang jauh untuk taklim kepada seorang ulama.
Jika merasa haus beliau meminum air hujan.
Menurut cerita beliau selalu menjalankan puasa-puasa sunat
selama dua tahun dan berbuka hanya dengan 2 biji kurma. Kecuali pada
malam-malam tertentu di mana ibunya datang membawakan makanan kepada beliau. Lantas
beliau memakannya sebagai penghormatan kepada ibunya. Beliau melakukan puasa
tersebut untuk mengekang hawa nafsunya, karena dari sumber makanan, perut
terlalu kenyang bisa menyebabkan orang malas untuk beribadah dan selalu
menuruti hawa nafsunya.
Beliau berguru kepada ulama-ulama besar seperti:
- Syeikh Muhammad bin Umar Ba’alawi
- Syeikh Sa’ad bin Ubaidillah bin Abi Ubei
- Syeikh Abdullah Bagasyin
- Syeikh Abdullah Bin Muhammad Bin amar
- Syeikh Umar Muhdor (mertua nya seorang ulama ahli sufi)
Beliau menikah dengan anak gurunya Habib Umar Muhdor yang
bernama Syarifah Aisyah karena Habib Umar Muhdor mendapat isyarat dari para
pendahulunya untuk menikahkan anaknya dengan Habib Abdullah Alaydrus. dan
Beliau dianugerahkan lapan anak empat putera dan empat puteri.
Beberapa ulama memuji Habib Abdulloh Alaydrus di dalam
karangannya diantaranya Al-Yafie dalam kitab Uqbal Barahim al-Musyarokah,
muridnya Habib Umar bin Abdurrahman Ba’alawi dalam kitabnya Al-Hamrah mereka
menceritakan tentang manaqib, kewaliaan dan karamah-karamah beliau yang terjadi
sebelum dan sesudah beliau dilahirkan.
Sebahagian para auliya bermimpi bertemu dengan Rosulullah
s.a.w. dan memuji Habib Abdullah Alaydrus dengan sanadnya, ”Ini anakku…ini ahli
warisku…..ini darah dagingku…..ini rahsiaku…..ini ahli waris
sunnahku….orang-orang besar akan mempelajari ilmu tarekat darinya”.
Diantara yang mengambil dan belajar tarekat dari beliau
ialah Habib Ali bin Abu Bakar Sakran, Habib Umar Ba’alawi dan lain-lain.
Habib Abdullah Alaydrus menghembuskan nafas yang terakhirnya
pada 12 Ramadhan 865H dalam usia 54 tahun dan dimaqamkan di Tarim, Hadramaut,
Yaman. Karya beliau selain Ratib Alaydrus ialah kitab Alkibritul Ahmar dan
syarahnya dalam bentuk syair.
Diposkan oleh ANDRI WIJAYA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar