Beliau dikenali sebagai salah seorang ulama besar dan wali
yang kenamaan di masanya. Tentang karamahnya pernah diceritakan bahawasanya
pada suatu hari beliau melihat seorang minum Khamer di Mekkah. Beliau memperingatkan
orang itu agar berhenti dari perbuatan mungkarnya. Namun peminum Khamer itu
menjawab: “Aku adalah seorang penjahit, aku minum Khamer ini agar membantu daya
khayalku dalam menjahit”. Tanya beliau: “Maka Allah memberimu kekayaan apakah
anda akan mengulangi perbuatanmu yang semacam ini?” Jawab peminum itu: “Tidak”.
Mendengar ucapan orang itu beliau segera mendoakan agar ia diberi kekayaan dan
dibukakan jalan untuk bertaubat. Berkat doa beliau orang itu bertaubat dan
Allah pun memberinya kekayaan yang berlimpah-limpah.
Sebahagian riwayat mengatakan bahawa Ahmad bin Abdullah
Ba’amir pernah bercerita: “Aku pernah menitipkan wang beberapa Dirham kepada
Muhammad Ba’ubaid. Kebetulan rumah Muhammad Ba’ubaid terbakar dan hartaku pun
ikut terbakar sehingga aku sangat susah kerananya. Aku datang kepada guruku
Sayid Abdullah Ba’alawi untuk kuadukan persoalanku tersebut. Namun beliau tidak
menanggapi persoalanku itu. Isterinya memohon pertolongan pada beliau agar
beliau mau menolong padaku. Beliau mengatakan sesuatu pada pelayannya. Pelayan
itu segera meninggalkan beliau. Tidak seberapa lama ia datang dengan membawa
sebuah kantung yang berisi wang Dirham. Sekantung wang Dirham itu segera
diserahkan padaku. Waktu kuperhatikan seluruh wang Dirham yang ada dalam
kantung itu ternyata adalah wangku yang terbakar di rumah Muhammad Ba’ubaid”.
Diriwayatkan bahawasanya ada serombongan kaum fakir yang
lapar datang kepada beliau. Beliau menyuruh pelayannya untuk pergi tempat
penyimpanan kurma. jawab pelayannya: “Tempat penyimpanan kurma itu telah habis
isinya”. Beliau tetap menyuruh pelayannya untuk pergi mengambil kurma dari
tempat tersebut. Namun pelayan itu tetap menjawab seperti jawabannya semula.
Setelah itu beliau berkata: “Pergilah ke tempat penyimpanan kurma itu nanti
kamu akan mendapatkan kurma di tempat tersebut”. Waktu pelayan itu pergi ke
tempat penyimpanan kurma yang ditunjukkan oleh beliau ternyata ia dapatkan
kurma dalam tempat itu cukup untuk memberi makan sekelompok kaum fakir yang
berkumpul di rumah beliau. Bahkan setiap orang dari mereka pulang dengan perut
kenyang dan membawa sisa kurma yang masih banyak itu ke rumahnya
masing-masing.mendamaikannya dengan keluarga Bani Ahmad yang mengancam untuk
merosak ladangnya. Beliau segera menunggang kudanya pergi ke tempat Bani Ahmad
dan menganjurkan mereka untuk mengurungkan niat mereka. Namun mereka menolak
anjuran beliau. Untuk merendahkan keterangan itu beliau berkata: “Ladang orang
itu adalah milikku jangan kamu berani mengganggunya kalau ingin selamat”. Kemudian
beliau pergi meninggalkan keluarga Bani Ahmad. Mendengar tentangan yang
sedemikian itu sebahagian orang tua dari keluarga Bani Ahmad berkata:
“Sebenarnya kamu telah mendengar apa yang diucapkan oleh Sayid Abdullah dan aku
takut kamu akan merasakan akibatnya jika kamu sampai berani melaksanakan niat
kamu, sebaiknya kamu kirimkan keldai kamu untuk makan dari hasil ladang petani
itu, jika ia selamat maka kamu boleh melaksanakan niat kamu, namun jika ia
terkena musibah maka kamu harus meninggalkan niat kamu”. Usul baik itu diterima
dan segera mereka mengirimkan keledai mereka untuk merosak tanaman dari ladang
petani itu. Waktu keledai mereka makan sebahagian dari tanaman yang ada dalam
ladang petani itu, dengan izin Allah keledai itu jatuh tersungkur mati seketika
itu juga. Sehingga mereka tidak jadi melaksanakan niat mereka.
Diriwayatkan bahawa salah seorang murid beliau yang bernama
Syeikh Muflih bin Abdillah bin Fahd pernah menceritakan tentang pengalamannya
dengan beliau: “Di suatu tahun ketika aku akan berangkat ke Haji aku datang
pada Sayid Abdullah bin Alwi untuk minta izin dan minta bantuan wang buat
ongkos dalam perjalanan. Jawab beliau: “Apakah kamu mau menerimanya di sini
ataukah aku pesankan pada salah seorang kawan kami yang berada di Mina untuk memberikan
segala macam keperluanmu?” Jawabku: “Biar aku minta di Mina saja”. Jawab
beliau: “Jika kamu telah sampai di Mina carilah si Fulan bin Fulan kelak ia
akan memberikan segala apa yang kamu minta”. Tepat setelah selesai menjalankan
ibadat Haji waktu kami tanyakan orang yang disebutkan oleh Sayid Abdullah itu,
kami ditunjukkan ke tempatnya oleh orang yang mengenalnya. Setelah bertemu
dengan orang yang kucari, aku terangkan apa yang dikatakan oleh Sayid Abdullah
padaku. Orang tersebut menanyakan padaku dimanakah beliau sekarang berada?” Aku
jawab: “Beliau kini sedang berada di kota Tarim (Hadramaut)”. Orang itu hanya
menjawab: “Kemarin di hari Wuquf beliau berkumpul dengan kami di Arafah sambil
memakai pakaian ihram”. Kemudian orang itu memberikan apa yang kuminta padanya.
Waktu aku tiba di kota Tarim beliau menyambut kedatanganku dari Haji sambil
mengucapkan selamat. Jawabku: “Aku ucapkan selamat pula bagimu, aku dengar dari
orang itu bahawa Sayid kemarin berwuquf di Arafah juga”. Jawab beliau: “Jangan
kamu beritahukan pada seorangpun tentang kehadiranku di Arafah selama aku masih
hidup”.
Sayid Abdullah bin Alwi ini wafat di tahun 731 H, dalam usia
sembilan puluh tiga tahun.
Dipetik dari: Kemuliaan Para Wali – karangan Zulkifli Mat
Isa, terbitan Perniagaan Jahabersa
Diposkan oleh Majlis Arrahman
Tidak ada komentar:
Posting Komentar