Majlis
Ta'lim Darul Murtadza dibimbing oleh Al Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar
Al Hamid.
Nama penuh /
Nasab beliau:
Ali Zaenal
Abidin Bin Abu Bakar bin Salim bin Hadi bin Salim Al Hamid bin Sheikh Abu Bakar
Berikut
adalah sedikit sebanyak tentang latar belakang beliau:
Beliau
dilahirkan pada hari Jumaat, 12 April 1974, selepas solat Jumaat di Bondowoso,
Jawa Timur, Indonesia. Beliau anak ke-2 dari 6 adik-beradik (4 lelaki dan 2
perempuan). Beliau daripada keluarga sederhana yang hidup di sebuah
perkampungan yang didiami oleh ramai para ulama' dan terdapat juga beberapa
buah pondok pesantren di situ.
Sewaktu
membesar, beliau berguru dengan:
Ustadz Hasan
Baharun
Ustadz Soleh
Bal As'ad
Ustadz Abdul
Hamid
Ustadz Soleh
Bin Agil
Ustadz Ahmad
Barakwan
Ustadz Husin
Bin Abu Bakar
dan ramai
lagi para asatizah. Beliau berguru dengan kesemuanya berbagai-bagai kitab dalam
bidang agama.
Pada usia
beliau 21 tahun, dengan restu Ayahanda, Al Habib Abu Bakar bin Salim Al Hamid,
dan Bonda, beliau pergi ke Hadhramaut, Yemen untuk meneruskan pengajian. Di
Hadhramaut, beliau berguru dengan:
Al Habib
Umar bin Hafidz (pemimpin Dar Al Mustafa)
Al Habib Ali
Masyhur
Al Habib
Salim As Syatiri
Al Habib
Hasan As Syatiri
Al Habib
Abdullah Bin Syihab
Al Habib
Abdul Qadir Jailani Al Masyhur
Al Habib
Abdullah bin Syeikh Al Idrus
Syeikh Fadal
Ba Fadal
Al Habib
Musa Al Kazim As Saqqaf
Syeikh Umar
Husain Al Khatib
Syeikh Umar
Abu Bakar Al Khatib
Al Habib Ali
Abdul Rahman Al Jufri
Beliau juga
adalah antara anak murid Al Habib Umar bin Hafidz yang pertama di Dar Al
Mustafa. Bakat semulajadi beliau sebagai seorang pendakwah mula diasah oleh Al
Habib Umar bin Hafidz.
Selepas
pengajian beliau di Hadhramaut, Yemen, beliau pergi ke Mesir pula. Selama 5
tahun di Universiti Al Azhar, beliau terus berguru mendalami ilmu-ilmu agama dengan:
1. Dr. Abdul
Badi' Abu Hashim
2. Dr. Saad
Jawish
3. Dr. Ali
Jum'ah
4. Dr.
Muhammad Jibril
Di sini juga
beliau, seiring dengan belajar, telah terus mengasah kemahiran berdakwah beliau
dengan mengajar dan mendidik pelajar-pelajar dari pelbagai kaum dan bangsa.
Setelah
menerima ijazah (degree) dalam jurusan 'Islamic Legislation and Law' dari
Universiti Al Azhar, beliau meneruskan kembara ilmunya di Universiti Islam
Antarabangsa (UIA), Malaysia, dalam jurusan Al Quran dan Sunnah.
Dalam tahun
2004, beliau bernikah dan sejak itu, beliau serta isteri telah dianugerahkan
dengan 3 orang puteri.
Setelah
selesai kuliahnya di peringkat Sarjana (Masters), beliau sekarang sedang giat
berusaha menyempurnakan Doktor Falsafah (PhD) beliau dalam jurusan Al Quran dan
Sunnah.
Dalam tahun
2004, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri, pengasas Darul Murtadza berpindah ke Kota
Tinggi, Johor. Oleh kerana itu, Al Habib Abdul Qadir Al Jufri telah memohon Al
Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid untuk mengambil alih.
Alhamdulillah,
sejak dari itu, Darul Murtadza telah berkembang dari awalnya sebagai pengajian
di rumah Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid dengan jemaah 10 – 20 orang ke
sekarang, di Surau Al Hidayah (AU3) dengan jemaah yang makin bertambah.
Latarbelakang
pendidikan dan pembangunan diri Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid yang
dinamik dan menyeluruh, diregukan dengan bakat semulajadi dan kemahiran
berdakwah yang telah diasah dan dibentuk oleh guru-guru beliau, menjadikan
beliau seorang pendidik dan pendakwah yang bukan sahaja dikenali dengan
kehebatan beliau di medan ilmu dan dakwah, tetapi juga sama dikenali kerana
akhlak dan adab beliau yang mulia.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar