Beliau ialah Haji Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kalantani,
lahir pada 1287 H/1871M. Ulamak & Wali Besar Negeri Kelantan. Di kenali
diperingkat awal dengan panggilan Awang Kenali oleh gurunya Syeikh Ahmad bin
Mustafa bin Muhammad Zain al-Fathani.Pada tahun 1969 ke Makkah utk belajar.
Beliau seorang yang warak hatta tidak mempunyai pakaian
lebih dari sehelai, tidak memiliki wang, tiada siapa yang mengetahui beliau
makan ataupun tidak samada siang ataupun malam. Seorang yang dianggap aneh.
Beliau tidak membawa kitab sebagaimana orang lain dlm majlis ilmu.
Tetapi memiliki ingatan yang begitu kuat. Beliau duduk dalam
halaqah ilmiyyah dengan memejamkan mata. Sehingga orang menyangka beliau tidur.
Hampir semua murid Tok Kenali meriwayatkan bahawa orang yang pernah belajar
dengan Tok Kenali semuanya mendapat kedudukan dalam ilmu dan masyarakat.
Antaranya ialah Syeikh Idris al-Marbawi,Syeikh Utsman Jalaluddin Penanti, Tuan
Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung dan ramai lagi dikalangan ulamak.
Beliau aktif menulis. Antara karyanya: Risalatud Durril
Mantsurterjemahan dan penjelasan Fadhilat Burdah Bushiri, Madkhal Kamil fi
'Ilmis Sharfi, Mulhiq li Miftahit Ta'allum fi I'rabi Matnil Ajrumiyah wal
Amtsilah 'ala Ratbih.
Terlibat dlm menyelesaikan pertikaian antara Syeikh Yusuf
al-Nabhani dengan Muhammad Abduh (pemimpin Kaum Muda Mesir)Para alim ulamak,
asatizah dan orang ramai menyembahyangkan jenazahnya di hari kewafatan beliau
pada hari Ahad, 2 Syaaban 1352 H/19 November 1933 M. Jenazahnya ditalkinkan
oleh Tuan Guru Hj Mohammad Nor bekas Mufti Kelantan.
Sumber: http://shafiqnaina.blogspot.com
Diposkan oleh KI BAYU SEJATI
Tidak ada komentar:
Posting Komentar